Sunday, January 22, 2012

Hari#3: Aku dan Sekolah Agama

kenapa aku belajar di sekolah agama?

sewaktu darjah enam, aku diberi pilihan samada hendak ke mrsm, sekolah biasa atau sekolah tak biasa. dan semua borang yang aku tulis akan ada tawaran dari sekolah itu. jadi, kenapa aku memilih untuk ke sekolah agama? mungkin kerana johor itu agak jauh ke selatan, dan sekolah biasa agak kurang menarik perhatian aku. dan pengaruh dari atukku yang kuat agama adalah antara faktor yang agak kuat mendorongku untuk memilih sekolah itu.

dan apabila di tingkatan tiga, aku sekali lagi diberi pilihan samada hendak ke sbp, mrsm atau kekal. dan aku memilih untuk kekal walaupun keputusan aku melayakkan aku untuk ke sekolah yang lebih cemerlang akademiknya. mungkin kerana aku sudah begitu cinta dengan persekitaran yang soleh, di mana al quran dibaca setiap pagi dan dhuha menjadi hobi terutama menjelang peperiksaan. boleh dikatakan, itulah 'comfort zone' bagi aku.

dan apabila tamat persekolan, maka keluarlah aku dari 'comfort zone' itu. lalu aku dikejutkan oleh budaya yang aku rasa sangat pelik. seolah-olah aku sebelum ini tinggal di negeri yang bukan dalam negara malaysia. ya, aku juga pernah terumbang-ambing dan tenggelam dalam lautan jahiliyyah buat suatu ketika yang agak panjang. malah masih ada lagi karat-karat jahiliyyah yang masih belum tanggal dari diriku.

dan sewaktu aku terumbang-ambing itu, aku sangat rindukan suasana sekolah agama yang pernah aku rasa dahulu. namun, di manalah hendak aku cari suasana itu dalam dunia yang serba kacau bilau ini? di saat itulah, sentuhan cendikiawan mula menyapa aku. dan aku diperkenalkan dengan dunia usrah, dakwah dan tarbiyyah. dan perjalanan aku dalam jalan ini masih baru, aku masih lagi belajar merangkak sedang yang lain sudah laju berlarian. dan aku merasakan suasana yang sebelum ini hilang walaupun saiz sekolah aku yang baru ini teramatlah kecil jika dibandingkan dengan saiz sekolah agama.

dan aku pada hari ini sedang belajar dalam sebuah sekolah yang dipanggil madrasah tarbiyyah. dan jika aku diberi satu tongkat sakti yang dapat menunaikan satu hajat aku, sudah pasti aku akan berhajat agar semua orang dapat merasai suasana seperti mana yang aku sedang rasai sekarang. suasana yang dipenuhi dedaun hijau bi'ah solehah, yang diwarnai oleh bunga-bunga ukhuwah yang akar kuat hasil didikan akidah.

No comments: