Wednesday, January 25, 2012

hari#6: Aku dan Pena

jika diimbas kembali, aku bukanlah seorang yang mahir sastera sejak dari awal lagi. dahulu aku hanyalah seorang yang suka membaca buku-buku. dahulu aku tidak kenal pun dengan istilah-istilah metafora, hiperbola, inversi dan berbagai lagi. dahulu aku tidak kenal pun jenis-jenis sajak dan puisi yang ada. dahulu aku adalah orang yang jahil sastera.

dan apabila di sekolah menengah dan kolej, aku diajar tentang sastera. pada mulanya aku tidak begitu berminat dengan istilah-istilah yang memeningkan aku. aku hanya minat pada cerpen-cerpen dan kisah-kisah yang ada dalam antologi. aku sangat tertarik pada bagaimana si penulis cuba menyampaikan apa yang dia fikirkan melalui karyanya. bagiku, sesebuah karya itu haruslah mempunyai sesuatu yang bernilai untuk pembaca.

dan kemudian, aku mula mencari sastera dalam setiap perkara. lalu aku cuba mengkaji setiap tulisan dan kata-kata melalui sasteranya. bukanlah kerana kebosanan, tetapi aku mula mendapati bahawa orang yang mahir sastera mampu untuk mempengaruhi orang lain dengan kepetahannya. aku berpendapat jika seseorang mampu menyesatkan orang lain dengan kata-kata manisnya, mengapa tidak aku membawa orang kepada kebenaran dengan pena. lalu aku pun mengambil pena aku dan menulis.

secara jujur, aku bukanlah orang yang mahir, samada dalam sastera mahupun dakwah. aku hanyalah budak baru belajar. aku tahu bahawa ada ramai orang yang lebih hebat dariku dalam dakwah dan seni dakwah. kerana itu, aku mahu memperbaiki diriku terutama dari segi ini.

saya budak baru belajar.

No comments: