Friday, January 27, 2012

Hari#7: Aku dan Jahiliyyah

Aku hanyalah manusia biasa. aku juga pernah melakukan kesilapan. malah, jika dihitung semua kesalahan aku dari dahulu sampai sekarang, tidak terhitung banyaknya. aku hanyalah manusia biasa, tak bisa lari dari kesilapan walau sedetik.

dahulu, aku pernah bergelumang dalam selut hitam jahiliyyah yang amat dasyat. dahulu, sebelum aku mengenal erti islam yang sebenar, aku rasa seolah-olah hidupku hanya makan minum dan bermain semata-mata. dan apabila aku mula meninggalkan selut itu, aku sedar masih ada sisa-sisa jahiliyyah yang melekat pada diriku. dan aku sedar bahawa sisa-sisa itu mesti dibuang dan dibersihkan sebelum aku memasuki taman Allah.

lain orang lain cubaannya. ada orang yang senang untuk meninggalkan amalan jahiliyyahnya. ada orang yang susah untuk meninggalkannya. aku adalah dari golongan kedua. seperti mana semut yang payah untuk meninggalkan gula, begitu juga aku yang begitu tertarik kepada benda-benda jahiliyyah. namun, aku sentiasa cuba mencari jalan bagaimana untuk meninggalkan karat-karat jahiliyyah ini.

kadang kala, aku akan mengalami satu saat di mana imanku lemah dan aku akan kembali kepada karat-karat jahiliyyah. dan selepas itu, aku akan terus cuba menambahkan amalku untuk menampung kesilapan yang telah aku lakukan. jika dimbas, itulah liku-liku naik turun hidupku; aku leka, aku jatuh. aku sedar, aku bangkit kembali.

dan kadang kala, aku termenung sebentar bertanya kepada diri, "apakah tuhan akan mengampunkan dosaku?" dan Allah pun menjawab, "aku tidak akan jemu mengampunkan dosa selagimana kamu tidak berhenti berharap." kerana itulah, aku akan sentiasa meminta keampunan walau beribu kali pun, kerana aku tahu, hanya Allah sebaik-baik pengampun.

No comments: