Saturday, January 28, 2012

Hari#8: Aku dan Masa Kini

Kini, aku sudah pun berusia 20 tahun. bererti aku sudahpun melangkahkan kakiku memasuki fasa dua per tiga hidupku. mengakhiri zaman remajaku, aku berfikir, adakah 20 tahun hidupku ini bermakna atau adakah ianya sia-sia. apakah yang telah aku lakukan selama ini mendekatkan aku ke syurga atau lebih menjahanamkan aku ke neraka. apakah rinduku pada Allah dan cinta Allah padaku semakin bertambah atau cinta itu cuma bertepuk sebelah tangan?

dan jika mengikut perkiraan umur rasulullah, aku punya kira-kira 40 tahun lagi, dan itu jika diizinkan Allah. namun, aku juga tidak tahu adakah aku bakal hidup walau untuk sehari lagi. aku tidak akan tahu bilakah, di manakah dan bagaimana aku menghabiskan sisa hidupku. aku tidak akan dapat tahu ke manakah pengakhiranku sehingga sampai masa yang ditentukan. namun aku tahu bahawa aku mampu berusaha untuk memilih ke mana destinasi pengembaraanku.

semalam tidak akan kembali. masa hadapan belum tentu pasti. kerana itulah, aku akan mengambil segala peluang yang ada pada hari ini. ya, aku mungkin akan lalai dan leka, namun setiap kali aku sedar, aku akan bangkit.

dan seperti kata-kata seorang guru kepadaku, "carpe diem!"

No comments: