Sunday, March 11, 2012

3S's

apakah perkara yang paling sukar dalam dakwah?

sabar.

ya, sabar adalah sesuatu yang sukar. kerana dalam jalan ini, terlalu banyak mehnah dan cubaan yang menggoncang jiwa. kalian akan ditimpa dengan kekurangan harta, kepenatan tubuh dan kehilangan jiwa (ok, yang last tuh maybe satu hiperbola, tapi korang kena akur bahawa korang akan dikatakan tiada life). memang sudah menjadi lumrah jalan ini tidak akan sunyi dari ujian Allah. jalan ini tidak akan dapat dilalui oleh orang yang tidak sabar. tidak akan dapat dilalui oleh orang yang mahukan hasil dengan cepat. ya, sabar adalah sesuatu yang sukar. namun, sabar bukanlah sesuatu yang paling sukar.

jika sabar bukan jawapannya, mungkinkah ianya syukur?

ya, bak kata seseorang yang lebih banyak makan garam, syukur itu lebih sukar dari sabar. seseorang itu mungkin boleh menahan lapar selama 12 jam, namun tidak mampu mengucap syukur setiap kali habis makan. seseorang itu mampu untuk hidup dengan duit sebanyak 50 euro sebulan ( di Dublin), namun dia tidak mampu menyimpan duit sebanyak seribu euro tanpa duit itu dihabiskan dalam masa 3 bulan. seseorang itu mampu melaksanakan dakwah di bumi yang asing baginya, namun apabila dia berada di bumi yang selesa, lalu dia terlelap sebentar. ya, syukur itu adalah sesuatu yang sukar, namun bukanlah ia perkara yang paling sukar.

oleh itu, apakah perkara yang paling sukar dalam dakwah?

mungkin akan ada yang membangkang, mungkin akan ada yang membantah, mustahil untuk semua setuju kerana pandangan masing-masing berbeza. namun bagiku, perkara yang paling sukar dalam dakwah adalah seimbang.

seorang daie juga adalah seorang manusia. dia juga perlu makan, minum dan juga study. dia juga punya ibu bapa dan sanak saudara. dia juga perlu ke kedai untuk membeli masakan dan dia juga perlu untuk memasak untuk teman serumahnya. dan dia juga adalah abdullah dan khalifah. dan dia cuma punya dua puluh empat jam sehari. tujuh hari seminggu. empat minggu sebulan. dua belas bulan setahun. dan jangka hayatnya kira-kira enam puluh tahun. sesingkat itulah masa yang ada untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkannya.

lalu, apakah solusi yang ada untuk para daie? tidak lain hanyalah dengan membulatkan tekad bahawa hidup (dan mati) itu hanyalah untuk Allah. tanamkan dalam diri bahawa tiada kehidupan (life) tanpa dakwah. jadikan makan, minum dan study sebagai dakwah. dan dalam kegilaan seorang daie berdakwah, seimbanglah.

No comments: