Friday, March 16, 2012

Bersihkan Jalan Raya sebelum Bersihkan PilihanRaya

mungkin tajuknya agak misleading, tapi post ini tiada kaitan langsung dengan pilihan raya yang bakal menjelang. mungkin ada sikit-sikit tentang politik, tetapi bukan persoalan pilih parti atau calon. malah jauh sekali kaitannya dengan perarakan 'bersih' yang pernah heboh suatu ketika dulu.

mungkin ramai yang telah tahu tentang maratib amal, atau dalam bahasa mudahnya, anak tangga ke ustaziatul alam. jika tida diberi penerangan tentangnya pun, mungkin pernah terdengar istilah-istilah seperti IM, BM, UA dan BM. lalu, pernah tak kita bertanya, "eh, betul ke benda-benda cam nih?" disebabkan kita telah dididik dalam satu sistem yang memetingkan 'menerima' lebih dari 'bertanya', maka mungkin gear otak kita juga tidak berputar. tidaklah hendak menyalahkan sistem pendidikan yang diguna, namun untuk menjana pikiran yang sebelum ini seakan tak diguna. oleh itu, bertanyalah.


"betul ke maratib amal nih?"

aku bukanlah seorang yang pakar dalam bab ilmu fiqh dan sirah. betul atau salah sesuatu perkara bukanlah aku yang menghukumnya. tetapi aku adalah orang logik dan dalil ( aku letakkan logik sebelum dalil kerana aku percaya dan faham bahawa al-quran dan hadis tidak pernah menyalahi hukum lain, maka tiada percanggahan antara akal dengan dalil, cuma akal yang tidak mampu memikir lebih dari kemampuannya ). kerana itulah, aku telah cuba memahami apakah ianya sesuatu yang logik dan praktikal. dan inilah apa yang aku dapati;


sebuah pokok yang ditanam, kadang kala akan mengambil masa yang lama, mungkin berbulan, mungkin bertahun untuk meninggi. bukankah lebih senang untuk kita menarik batang pokok itu sehingga ia naik satu dua inci, biar lebih cepat naik. namun, itu bukanlah sesuatu yang menguntungkan. tanpa akar yang kukuh, mana mampu untuk sebuah pokok berdiri tegak. sama jugalah dengan bangunan pencakar langit, akan roboh jika asasnya terlalu pendek atau rapuh. sebuah gunung, berdirinya ia kerana pasak yang memakunya kepada kerak bumi.

begitu jugalah dalam pembinaan sesebuah negara islam. tidak mungkin akan tertegak jika masyarakat di dalamnya menentang ajaran yang dibawa oleh rasulullah. jika seorang dua tidak mengapa, namun jika seluruh rakyat yang menentang, tidakkah akan haru biru negara itu? kerana itulah, amat penting untuk masyarakat yang ada diislahkan dahulu; tidaklah semuanya menganut agama islam, kerana hidayah itu milik Allah semata-mata, asalkan mereka semua redha dengan setiap undang-undang yang ditetapkan.

dan untuk melahirkan sesuatu masyarakat yang menjadikan islam sebagai jalan hidup mereka, adalah sangat perlu kepada individu-individu dan keluarga yang menjadikan islam sebagai jalan hidup mereka. dan melalui tarbiyyahlah individu dan keluarga ini dibina. ya, usrah adalah permulaan segala-galanya. dan dari individu dan keluarga itu, akan lahirlah sebuah masyarakat yang mampu untuk menjalankan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah.

jika syariat itu tidak mampu dijalankan kerana tiada negara, maka wajib untuk umat islam mewujudkan satu negara yang di dalamnya tiada halangan untuk hak ditunaikan. dan bukan itu sahaja, kerana tugas kita adalah untuk seluruh alam. lalu, negara ini harus menjalankan haknya; berdakwah kepada seluruh manusia dan berperang jika hak yang pertama dihalang. jika sebuah negara tidak cukup, ketenteraan atau kelengkapan, maka dua buah negara perlu. jika dua tidak cukup, maka wajib ditambah sehingga tertubuhnya satu empayar yang mampu melawan segala fitnah di muka bumi. dan setelah itulah, maka seluruh alam tunduk patuh hanya kepadaNya.

kefahaman yang datang dari sejarah para nabi dan sahabat, dari logik al-quran, hadis dan akal. maka 'maratib amal' bukanlah satu kata-kata kosong. ianya adalah cita-cita kami dan sesiapa yang memahami tujuan hidupnya dan kewajibannya. kemenangan islam itu adalah sesuatu yang pasti, dan ianya hanya akan diberi kepada mereka yang layak sahaja.

dan ianya bermula dari satu.

No comments: