Sunday, March 4, 2012

Super Hero Itu Pun Manusia Juga

mungkin statement ini tidak boleh diaplikasikan untuk superman atau atromen. tetapi, untuk kita sebagai seorang super hero dan juga manusia, kita sangat perlu untuk memastikan setiap hak kita terjaga. baik hak sebagai seorang khalifah mahupun hak sebagai seorang manusia. tidak boleh jika kita hanya mahu menjaga satu hak sahaja dan mengabaikan yang lain, kerana itu bukanlah sifat seorang hero.

sebagai seorang super hero, kita sepatutnya sudah faham akan tugas kita menyelamatkan bukan sahaja manusia lain, bahkan alam ini seluruhnya. ini adalah tugas dan amanat yang besar, yang telah diberi kepada kita yang mampu menanggungnya. kita yang dengan megahnya mengatakan yang kita mampu memikul tugas ini padahal gunung dan segala makhluk lain tidak mahu dan takut. ya, kita adalah super hero jika kita melaksanakan tugas ini sepertimana kita telah melafazkan kesediaan kita dahulu. ya, kita bukanlah super hero jika kita lari dari tugas ini. dan jika kita bukannya super hero, apakah nilai kita di sisi Allah?

kita juga adalah manusia. makhluk yang diciptakan oleh Allah, lahir dalam keadaan yang lemah, dan akan kembali dalam keadaan yang lemah. dan Allah tahu betapa lemahnya kita dalam memikul tugas ini. kerana itulah, islam datang sebagai rahmat, bukannya paksaan. islam turun untuk meringankan beban, bukan untuk memberatkan beban yang sedia ada. islam turun membawa penyelesaian, bukannya menambah kekusutan. islam membawa sinar cahaya pembebasan, dan bukan belenggu yang bernama 'agama'. dalam menjadi super hero 'full-time' dan manusia 'full-time', kita sangat memerlukan islam.

islam bukanlah sekadar solat, puasa atau zakat semata-mata. bukan juga sekadar ibadah khusus dan umum. rehat itu islam. beriadah itu juga islam. tidur itu juga islam. islam adalah jalan hidup syumul, kamil, mutakammil.

rehat yang islam itu islam
riadah yang islam itu islam
tidur yang islam itu islam
islam bukanlah semata-mata agama
tetapi agama yang islam itu islam


No comments: